Friday, 20 March 2015

[ Kelebihan Solat Di Awal Waktu ! ]

" BERKESAN APABILA DI AWAL WAKTU DAN AURA BERJEMAAH TEMPAT AZAN DILAUNGKAN SAHAJA."

Banyak Fadhilat dan kelebihan yang kita dapat bila solat di awal waktu.

[ WAKTU SUBUH ]

Pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh. Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi.

Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki.

Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) - dalam erti kata lain jaga daripada tidur.

Di sini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat di awal waktu. Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum. Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud. Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.

[ WAKTU ZUHUR ]

 Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (isyraq & dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor. Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman.

Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan. Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya. Orang yang tengah sakit perut ceria tak?

[ WAKTU ASAR ]

 Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif.

Rahsia warna oren ialah kreativiti. Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ni jasad dan roh seseorang ini terpisah ( Tidur ).Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita.

[ WAKTU MAGHRIB ]

Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah. Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam.

Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulula.) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita. Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.

[ WAKTU ISYAK ]

Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki fasa Kegelapan. Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak. Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan. Alam sekarang berada dalam kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam.

Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta di mana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan. Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus. Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail.

Artikel Credit to : Terapi Seri Wajah



Thursday, 19 March 2015

[ Tips kulit cantik macam Selebriti KOREA ! ]

Hai. Assalamualaikum Sis Sayang. Harini nak sharing tentang tips nak jaga kulit dan kesihatan. Special nya hari ni , nak bagi tips macam mana Artis KOREA punya kulit muka flawless sangat. Jeles akak tau. Okay. Jom follow tips dibawah :

1. Orang Jepun dan Korea minum teh hijau sekurang-kurangnya satu sehingga dua kali sehari. Ia membuatkan kulit mereka bebas jerawat kerana teh hijau merupakan antioksidan yang bagus.


2.Untuk pencuci muka, mereka memilih minyak pencuci (Cleansing Oil ) kerana ia dipercayai mampu mencuci solekan pada wajah dengan sempurna sambil mengekalkan tahap sebum semula jadi wajah.

Pelakon Korea, Suzy Bae mengamalkan teknik 424, di mana dia akan mencuci wajah dengan minyak selama empat minit, diikuti dengan pencuci muka berbusa selama 2 minit dan membilas muka selama 4 minit. Mulakan dengan air suam dan diakhiri dengan air sejuk untuk mengetatkan pori kulit wajah.

3. Penggunaan penyegar wajah adalah sangat penting bagi orang Jepun dan Korea. Ia dapat menanggalkan sel kulit mati dan menghilangkan sisa-sisa pencuci muka sekiranya tidak dibilas dengan sempurna. Pemilihan penyegar wajah yang betul penting untuk mengelakkan kulit daripada kering.

Orang Jepun memilih penyegar yang mengandungi ethyl alcohol, rubbing alcohol atau isopropyl alcohol. Mereka tidak menggunakan kapas muka dan hanya menggunakan jari untuk menyapunya pada kulit wajah untuk penyerapan yang optimum.

Penjagaan kulit amat penting bagi seorang wanita

4. Pelembap muka sememangnya rutin kecantikan yang biasa bagi semua wanita mahupun lelaki. Namun begitu apa yang berbeza adalah cara pemilihannya. Orang Korea percaya pelembap yang dibuat daripada minyak sayuran baik untuk wajah. Minyak mineral seperti petroleum jeli dikatakan tidak mempunyai apa-apa bahan yang boleh menjadikan kulit lembut dan cantik. Sapuan ke atas dan ke bawah harus dipraktikkan untuk penyerapan yang sempurna.


5. Kebanyakan selebriti di Korea mengamalkan senaman wajah dengan menyebut ‘Ma Me Mi Mo Mu’ sebanyak 10 kali untuk menguatkan otot muka dan bibir.


6. Rahsia wajah yang berseri adalah dengan urutan pada kulit yang diamalkan oleh mereka. Gunakan penyental muka atau krim dan urut dengan lembut wajah anda dua hingga tiga kali seminggu. Ini dapat menggalakkan pengaliran darah, oksigen dan menambahkan keelastikan wajah.


7. Setiap kali selepas mengurut wajah, jangan lupa untuk menggunakan pupur wajah untuk melengkapkan rutin kecantikan yang diamalkan oleh orang Jepun dan Korea ini. Pilih pupur yang bersesuaian dan untuk kulit Asia, seelok-eloknya anda memilih pupur pencerah (clarifying mask) untuk mencuci kulit dan pori anda dengan sempurna atau pupur pelembap (moisturising mask).

Tips credit to : EHdotCom

By,

#AdminMyra

Tuesday, 17 March 2015

[ Fenomena AURA tubuh badan manusia yang sangat memeranjatkan para Saintis Barat ? ]

**KAJIAN OLEH ORANG BARAT TENTANG AURA.**

Begitu banyak kajian dilakukan oleh golongan barat dan pengkaji-pengkaji biologi tentang kewujudan aura dan getaran. Seorang saintis Rusia contohnya menghabiskan 50 tahun mengkaji tentang aura dan pembacaannya menggunakan kesan Kirlian. Malah sudah ada pengusaha di serata dunia menggunakan kesan Kirlian untuk membaca aura seseorang bagi mengesan masalah kesihatan mereka.


Fenomena dalam tubuh manusia ini amat menakjubkan para pengkaji dan saintis ditambah pula dengan penemuan Medan Tenaga Manusia (Human Energy Field (HEF)) oleh Dr Willian Kilner pada tahun 1911 lagi. Kilner memanggilnya sebagai AURA dan istilah ini masih digunakan sampai hari ini.


Kajiannya mendapati bahawa medan tenaga manusia ini memiliki beberapa lapisan tenaga utama. Lapisan paling hampir berada dalam tubuh hingga ke kulit.


Lapisan kedua meliputi satu inci daripada kulit dan lapisan ketiga meliputi 6 inci daripada lapisan kulit tubuh manusia. Ujian teliti telah dilakukannya dan mendapati bahawa kadar lapisan tenaga ini berbeza berdasarkan umur, jantina, kesihatan, kebolehan mental dan emosi seseorang.


Dr Wilhelm Reich, seorang saintis dan juga psychiatrist menamakannya “orgone” dan menemui bukti bahawa aliran tenaga dalam tubuh manusia mempunyai hubungan rapat dengan keadaan fizikal dan psikologi manusia. Reich mengakui bahawa teknik rawatan akupuntur yang diamalkan oleh tabib-tabib cina semenjak ribuan tahun dahulu dengan melepaskan halangan tenaga yang tersekat dalam sistem saraf manusia mampu menghapuskan fikiran negatif, tekanan emosi dan kesakitan fizikal.


Pada tahun 1930, Dr Lawrence Bendit dan Phoebe Bendit juga menemui bukti hubungan antara medan tenaga manusia dengan kesihatan dan keupayaan penyembuhan tubuh, malah kaitannya dengan kepercayaan agama dan kerohanian. Ini disokong oleh Dr Schafica Karagula dan Dr Dianne yang mendalami fenomena ini dan berjaya mengkaitkannya sehingga kepada masalah gangguan fikiran otak hinggalah ke perut.


Perlu kita ingat, medan tenaga manusia ini adalah berasaskan tenaga yang dihasilkan oleh sel-sel tubuh manusia yang bergetar disebabkan oleh getaran atom-atom dalam sel tersebut.
Dr. Richard Dobrin, Dr John Pierrakos dan Dr Barbara Ann Brennan pula membuat kajian dan analisa terperinci tentang medan tenaga manusia ini dan berjaya membuktikan bahawa tenaga ini juga menghasilkan sinar cahaya.


Mereka menggunakan alat pengesan cahaya yang amat sensitif hingga boleh mengesan kadar gelombang cahaya serendah 350 nanometer. Kadar sinar cahaya ini amat bergantung kepada kesihatan, perasaan dan emosi seseorang dan penemuan yang paling menakjubkan adalah kaitannya dengan kepercayaan keagamaan dan spiritual seseorang.

Petikan dari : myauracrystal.com

Monday, 16 March 2015

[ Good news untuk semua usahawan berjaya ! ]

Bismillahirrahmanirrahim. Hai semua. Ada GOOD NEWS ! :)

Sesiapa yang berminat nak letak apa apa PRODUK KECANTIKAN DAN KESIHATAN di Butik kami , boleh terus hubungi 012 345 0997 ye.

Lokasi : Jalan Padi Emas 6/2 , Bandar Baru Uda , Johor Bahru.

Thank you :)


[ Masih ada yang tak tahu APA ITU AURA ? ]

Bismillairrahmanirrahim.

APA ITU AURA ?

Apabila memperkatakan mengenai aura, ramai membayangkan ia berkaitan kuasa magis atau tradisional kerana tidak dapat dilihat menggunakan mata kasar. Malah ada juga yang kurang mempercayainya apatah lagi pada zaman moden ini.

Aura pada tubuh badan manusia

Aura dan getaran adalah dikaitkan dengan gelombang elektromagnetik pada frekuensi tertentu yang berlegar di sekitar tubuh manusia. Ia juga dikaitkan perlanggaran atom, elektron dan elemen di sekitar tubuh yang menghasilkan tenaga. Kesan kekuatan gelombang ini boleh dilihat dengan pandangan fizikal ke atas mereka yang mempunyai banyak aura dan getaran positif.


Tubuh badan kita sebenarnya telah direka oleh Allah dengan begitu teliti dan penuh kehebatan. Seorang manusia yang sihat, akan mempunyai lingkaran tenaga atau energy fluks yang penuh atau bulat. Badan kita umpama sebatang rod magnet. Lebih tepat lagi tulang belakang manusia merupakan rod magnet tersebut. Dibahagian paling atas sekali terletaknya ubun-ubun atau lebih tepat lagi kita namakannya kelenjar pineal. Ia merupakan kutub utara dan hujung tulang sulbi iaitu tulang yang terakhir dalam struktur tulang belakang manusia merupakan kutub selatannya.



Mungkin ada antara kita yang tidak tahu atau kurang perasan bahawa tulang belakang manusia bermula daripada kelenjar pineal di atas kepala sehingga ke tulang sulbi di bahagian hujung tulang belakang. Oleh yang demikian tenaga mengalir daripada kutub utara iaitu kelenjar pineal hingga ke kutub selatan iaitu di hujung tulang sulbi dan seterusnya membentuk lingkaran atau medan magnet.



Lingkaran tenaga ini berpusing tanpa henti dan tidak putus. Lingkaran inilah yang membentuk medan elektromagnetik badan manusia atau aura. Apa kegunaan lingkaran tenaga ini. Lingkaran tenaga ini memastikan bahawa tenaga kita tidak berserakkan dan kita berada dalam pelindungan tenaga yang baik. Bila lingkaran ini semakin kuat dan besar tenaga dalaman seseorang itu bertambah hebat. Tenaga minda seseorang itu meningkat dan prestasi serta potensi dirinya juga meningkat.

Petikan dari : http://myauracrystal.com.my/apakah-itu-aura/

Gambaran Gelombang Aura Pada Tubuh Badan Manusia




Friday, 13 March 2015

[ Tanah liat boleh mencerahkan dan memutihkan kulit ? Woww ! ]

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum dan selamat pagi ! Alhamdulillah. Masih diberi peluang untuk bernafas dimuka bumi Allah. Amin. :)

Hari ini Sis nak sharing tentang 'Tanah Liat'.

Sebenarnya , banyak manfaat tanah liat dalam kehidupan seharian kita. Tanah liat ni merupakan sumber semulajadi yang bersifat suci dan bersih. Sedangkan manusia sendiri berasal dari tanah.

                            


Fakta sendiri dah terangkan bahawa tanah liat ni adalah antara sumber semulajadi yang baik dalam penghasilan produk kecantikan muka Dan ianya bukan lagi sesuatu perkara yang baru. Ia sudah sinonim dalam kehidupan masyarakat kita.

Tanah liat dikategorikan sebagai satu bahan atau produk yang mempunyai nilai tambah kerana kandungan kelembapan yang tinggi dan fungsinya sebagai pembasmi kuman (antiseptik) yang terbaik. Jika tanahliat digunakan untuk pelbagai produk kecantikan , Insya Allah ia sangat membantu untuk membersih , mengimbangkan kulit yang tidak sekata , menghalus dan melembutkan kulit.


Insya Allah ia juga membantu mengekalkan kelembapan kulit sepanjang hari agar kelihatan lebih segar , berseri dan bermaya. Amalkan lah penggunaannya selalu. Insya Allah semua daki daki yang hitam boleh hilang dan kulit anda kembali cerah. Pada masa yang sama , tanah liat bukan sahaja untuk memutih. Bahkan , jika ada produk yang menggunakan tanah liat untuk produk kecantikan muka , boleh diamalkan penggunaanya kerana tanah liat juga bertindak sebagai agen semulajadi yang mampu membersihkan pori-pori muka.

Clay Intimate Wash & Pleasure. ( Pencuci Intim Wanita )
Salah satu produk Aija Beauty Prestige yang menggunakan TANAH LIAT MERAH.

Selain digunakan untuk produk kecantikan muka , ia boleh dijadikan produk khas wanita untuk mencuci kawasan intim. Dengan adanya Clay Intimate Wash & Pleasure , ia mampu membersih , menjadikan kulit dikawasan intim lebih halus mulus dan sentiasa berbau wangi. Ia juga sangat sesuai digunakan untuk gadis dan wanita. Best sangat bila guna Clay Intimate Wash ni. Rasa segar je.  Antara kelebihan lain produk ini adalah :

1. Gunakan sabun pencuci intim ini setiap kali istinjak / cuci terutamanya sewaktu period.

2. Dapat mengatasi masalah penyakit bahagian luaran intim gadis / wanita seperti senggugut, keputihan, gatal-gatal, faraj berbau dan menghalang pembiakan bakteria di bahagian sulit.

3. Untuk wanita with long term usage akan menjadikan bahagian intim yang longgar & menggelebeh akibat faktor usia & melahirkan kembali cantik, rapat dan padat semula seperti sebelum melahirkan.

4. Kulit bahagian intim juga menjadi lembut sehingga menjadi lebih sensitif & peka pada sentuhan suami tercinta serta mampu menaikkan aura ghairah.

Hanya RM 35.00 sahaja termasuk pos ! Dapatkan segera ! :)

PM Aija Beauty Prestige sekarang atau whatsapp +60 12345 0997.

#AijaMahat
#AijaBeautyPrestige
#ClayIntimateWashAndPleasure


Tuesday, 10 March 2015

[ Aija Beauty Prestige nak bagi FREEGIFT untuk 50 orang yang BERTUAH ! ]

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera. Alhamdulillah. Terima kasih untuk semua Followers dan Beloved Customers of Aija Beauty Prestige. Insya Allah we will opening soon and still counting.

Aija Beauty Prestige will opening soon ! :)

Insya Allah jika tiada apa apa masalah , Our Aija Beauty Prestige will opening in March.
Aija Beauty Prestige dengan berbesar hatinya nak beri FREE GIFT kepada 50 PELANGGAN PERTAMA yang membeli mana mana produk BEAUTY hanya di Aija Beauty Prestige.





For those yang masih tertanya tanya dimana lokasi Aija Beauty Prestige , anda semua boleh bershopping sakan dan cuci mata sambil cuci purse Michael Kors korang dekat :


**********************************************************************************************************
   Aija Beauty Prestige

Address :  No. 23 , Jalan Padi Emas 6/2,
Bandar Baru Uda ,
               81200 , Johor Bahru , Johor,

                                                 Contact Number : 012-345 0997

                                                 Email : aijabeautyprestige@gmail.com

                                                 Facebook Page : Aija Beauty Prestige
                            
                                               Pakar Kecantikan Dan Aset Wanita





Ikuti perkembangan terkini kami setiap hari untuk mendapat lebih banyak lagi FREE GIFT dan DISKAUN HEBAT hanya di Aija Beauty Prestige ! :)