Showing posts with label Bunga Mawar Awet Muda. Show all posts
Showing posts with label Bunga Mawar Awet Muda. Show all posts

Friday, 27 March 2015

[ 7 Khasiat Air Bunga Mawar yang anda perlu tahu ! ]

Assalamualaikum. Hai #AijaQueens semua ! :)

Hari ni kita nak sharing tips sikit tentang khasiat air bunga mawar tau. Jom teroka ! :D

1. Menyegarkan kulit berjerawat

Dengan membasuh wajah dengan air mawar 2 kali sehari maka kulit yang berjerawat akan dapat kurangkan masala radang. Selain itu air mawar ini dapat berfungsi sebagai antiseptik dan juga melembutkan kulit sehingga kulit yang kemerahan boleh hilang dan pori-pori yang tersumbat boleh bersih.

2. Kulit Kering dan Sensitif

Bagi anda yang memiliki kulit kering dan sensitif air mawar alami ini boleh memberikan lapisan untuk melembabkan kulit muka. Ia juga dapat mengatasi masalah eczema, dermatitis, lecet atau juga luka bakar.




3. Mencerahkan Wajah

Air mawar kaya dengan vitamin A dan E yang boleh menjadikan wajah lebih cerah dan segar. Caranya , celupkan kapas pada air mawar dan da dab kulit.

4. Mencegah penuaan

Air mawar mengandungi Rose Hip Seeds yang memiliki 8 kali vitamin C yang lebih banyak dan menjadi salah satu sumber anti oksidan. Air mawar ini akan menutrisi hingga jauh ke dalam lapisan kulit sehingga kulit menjadi lebih elastik dan jauh dari kerutan.

5. Menyegarkan Mata

Air mawar dapat membantu menyegarkan area mata yang kehitaman kerana kurang tidur dan kelelahan. Caranya kompreskan kapas yang sudah dicelupkan ke dalam air mawar selama yang anda perlukan.

6. Menyihatkan Rambut

Air mawar dapat membantu pertumbuhan rambut. Selain itu boleh juga membersihkan dan menjadi antiseptik bagi kulit kepala yang iritasi. Kulit kepala yang kering, kotor dan berkelimumur boleh dibersihkan dengan air mawar ini.

7. Mengurangkan Garis Bekas Pakaian Dalam

Jika Anda pernah mengalami tanda merah bekas pakaian dalam, anda boleh menguranginya dengan menggunakan air mawar ini.

Manfaatnya yang sangat banyak dari air mawar ini tentu tidak akan Anda sia-siakan begitu saja. Selamat mencuba !


And now , sis sayang semua tak perlu risau. Tak perlu susah payah nak rendam mawar , rebus dan semuanya. Hanya dengan RM 85.00 SAHAJA , Sis semua boleh dapatkan original air mawar "Aura Prestige Serum" yang best ! Tiada bahan kimia langsung dan natural bau dari mawar sendiri.

Jom dapatkannya segera.

Whatsapp : 012 345 0997



Thursday, 26 March 2015

[ Kebaikan dan khasiat Vitamin C ]

Vitamin C, vitamin paling popular dari vitamin lain. Badan kita guna banyak vitamin C dari hujung rambut hingga hujung kaki sebab ia penting untuk tumbesaran dan baiki sel.

Jom semak 25 Kebaikan Vitamin C untuk Badan, Kulit dan Rambut:


1. Imunisasi / Daya Tahan Badan

Dos yang betul bagi Vitamin C melindungi badan dari jangkitan penyakit dan memelihara kesihatan tulang dan gigi. Ia juga meningkatkan keupayaan badan dalammerawat luka dan badan kita juga terpelihara dari bakteria, virus dan jangkitan.

Bukan sahaja untuk daya tahan badan kepada penyakit, ia diperlukan untuk bina kolagen, struktur protein penting dalam tisu penyambung. Vitamin C yang di makan boleh bantu cepat baik luka, ia juga boleh lindungi kulit dari dirosakkan oleh radikal bebas dan gelombang ultra ungu.



2. Demam Biasa

Vitamin C mengurangkan simptom demam dan bertindak sebagai anti-histamin yang berkesan dengan mengurangkan kesan tidak baik dari demam seperti sakit-sakit badan, selsema dan kesakitan. Vitamin C juga mengawal alergi yang menyebabkan demam.Ia mengurangkan paras histamin dan biasanya mempercepatkan baik demam.


3. Anti-oksida

Vitamin C adalah anti-oksida yang sangat hebat dan berkesan dalam melindungi badan dari radikal bebas yg memberi kesan tekanan oksidatif atau "sel karat". Ia boleh menyebabkan kesan kesihatan yang tidak baik seperti atherosclerosis yang boleh menyebabkan sakit jantung dan strok.



4. Tekanan Darah Tinggi

Vitamin C boleh merendahkan tekanan darah tinggi dan mengurangkan kebarangkalian terkena penyakit tekanan darah tinggi dan juga masalah kesihatan yang menyebabkan tekanan darah tinggi.


5. Saluran Darah

Vitamin C memastikan saluran darah mengembang dengan baik. Pengembangan yang baik ini boleh menjauhkan penyakit atherosclerosis, kolestrol tinggi, sakit jantung dan sakit dada.



6. Keracunan plumbum. 

Vitamin C membantu mengurangkan kadar plumbum dalam darah secara mendadakKeracunan plumbum boleh menyebabkan masalah pembesaran terutama di kalangan kanak-kanak.

Ia menyebabkan masalah pembelajaran, IQ lemah dan tumbesaran terbantut di kalangan kanak-kanak. Orang dewasa pula akan mengalami kegagalan buah pinggang dan tekanan darah tinggi jika mempunyai keracunan plumbum.


7. Untuk Kurus

Vitamin C dan jus telah terbukti membantu untuk kurus dan mengekalkan berat yg ideal. Pakar pemakanan dan nutrisi biasanya memasukkan diet makanan tinggi Vitamin C dan jadual pemakanan kerana terdapat kajian yang menunjukkan makanan yang kaya dengan Vitamin C boleh mengurangkan berat badan. 

Para doktor mendapati dengan makan makanan yang kaya vitamin C bolehmerendahkan paras insulin, disamping menyimpan gula dan menukarkannya kepada lemak, insulin juga digunakan sebagai bahan bakar untuk kurangkan berat badan.


8. Tekanan

Vitamin C membantu badan mengatasi tekanan dengan mengawal paras tekanan, hormon dan kortisol yang tinggi.

Anda pasti berminat membaca : 10 Masalah Kesihatan Berpunca Dari Stress


9. Katarak

Pupil mata kita memerlukan Vitamin C untuk berfungsi dengan baik. Kekurangan Vitamin C boleh menyebabkan katarak, di mana kanta mata menjadi lebih legap,menyebabkan penglihatan kabur dan boleh jadi buta dikalangan orang dewasa.

Pengambilan dos Vitamin C yang tinggi boleh menghalang katarak dan meningkatkan aliran darah ke mata. 1000mg Vitamin C sehari boleh mengelak katarak dan mempertingkatkan penglihatan.


10. Barah

Ciri-ciri anti-oksida pada Vitamin C boleh melindungi sel dari kemusnahan DNA dan mutasi seterusnya mengelak dari barah untuk jangka masa panjang. Ia meningkatkanfungsi imunisasi badan dan mengelak sel barah tertentu terbentuk dalam badan.

Ia juga mengurangkan risiko terkena semua jenis barah termasuk paru-paru, mulut, tekak, kolon/usus, perut dan esofagus. Vitamin C juga membantu penghasilan semula Vitamin E, salah satu antioksida yang sangat baik. Vitamin C bukanlah mengatasi terus sel barah sedia ada, tapi meningkatkan fungsi imun badan supaya boleh melawan sel barah.



11. Tenaga.

Vitamin C mengimbangkan sistem dalam badan dalam apa jua keadaan. Ia membantu penghasilan dopamine dalam sistem saraf serta membantu fungsiadrenal dalam meningkatkan tenaga dalam badan.


12. Sakit Jantung

Vitamin C menghalang terkena sakit jantung dengan menghalang radikal bebal dari merosakkan dinding arteri yang boleh menyebabkan pembentukan plak. Nutrien ini menyebabkan kolestrol teroksida, kolestrol boleh menyebabkan serangan jantung.

Masalah tekanan darah tinggi juga boleh diatasi dengan Vitamin C. Vitamin C terbukti adalah cara paling murah menghalang kita dari terkena sakit jantung dan strok.



13. Diabetes

Pesakit diabetes boleh mendapat manfaat dari Vitamin C kerana Vitamin C mengawal paras gula dan mengurangkan risiko diabetes dan memulihkan simptom sedia ada. Makan Vitamin C boleh menghalang glukosa dalam sel badan dan mengawal komplikasi diabetes.

Anda pasti berminat membaca : Tips Rawat Diabetes Tanpa Ubat



14. Asma

Mereka yang mempunyai Vitamin C yang rendah mempunyai risiko terkena asma. Pengambilan Vitamin C yang tinggi boleh mengurangkan penghasilan histamindalam badan yang menyebabkan keradangan.


15. Perlindungan dari matahari

Vitamin C melindungi kulit dari radikal bebas yang terhasil kerana kesan jemur pada cahaya matahari, pencemaran dan kesan merokok. Antioksida dalam Vitamin C melindungi kulit dari radiasi ultraungu dan kesan terdedah kepada cahaya matahari.

Vitamin C mengurangkan kesan sun burn disebabkan oleh radiasi ultra ungu dan seterusnya boleh menyebabkan barah kulit untuk jangka masa panjang.



16. Penghasilan Kolagen

Kolagen adalah komponen hydroxyproline dan hydroxylysine, 2 elemen untuk mengikatmolekul yang menghasilkan kolagen. Ia menyebabkan kulit jadi gebu dan warna tona pada muka.

Kekurangan kolagen menyebabkan kulit kusan dan tidak bermaya. Kolagenmelembapkan kulit dari dalam dan mengurangkan kedutan dan tanda penuaan.



17. Penyembuhan Luka

Badan menggunakan Vitamin C untuk menggantikan tisu yang rosak sekaligusmenyembuhkan luka dengan lebih cepat. Luka yang lambat sembuh adalah tanda kekurangan Vitamin C. Vitamin C meningkatkan keanjalan kulit dan mempercepatkan tisu terbentuk bagi penyembuhan yang cepat.


18. Melindungi dari perubahan warna kulit

Vitamin C melindungi DNA dari tindakbalas fotokimia yang menyebabkan tumor, perubahan warna kulit dan beberapa jenis barah kulit. Ia juga mengelakkan penghasilan Pyrimidine dimers yang menjadi punca utama penghasilan melanoma(masalah kulit).

Vitamin C juga mencerahkan kulit dari masalah jeragat dan tompok-tompok penuaan, membantu kelihatan lebih muda dan kulit lebih lembut.


19. Memperbaiki tekstur kulit.

Kolagen juga menghasilkan struktur saluran darah yang baik dan Vitamin C membantu sistem aliran darah. Saluran darah yang berada bawah kulit membawa oksigen dan nutrien yang menghasilkan kulit yang sihat. Tanpa nutrien yang cukup, kulit akan jadi kasar dan kering. Krim yang mengandungi Vitamin C memperbaiki rupa dan tekstur kulit.

Ia juga meningkatkan pembentukan elastin yang menebalkan, melindungi dan memulihkan sel kulit. Kesan tebal pada sel mengekalkan kelembapan, tingkatkan aliran darah pada kulit dan menjadikan kulit gebu.


20. Meningkatkan Pertumbuhan Rambut

Pengambilan Vitamin C yang tidak cukup mungkin menjadi punca utama pelbagai masalah rambut. Kekurangan Vitamin C menyebabkan rambut kering dan bercabang. Ia adalah tanda tidak sihat pada rambut

Radikal bebas terbentuk secara semulajadi apabila badan kita menukarkan makanan kepada glukosa untuk tenaga. Radikal bebas merosakkan rambut dengan menyebabkan ia nipis dan rapuh. Masalah ini akan mengganggu pertumbuhan rambut. Ciri-ciri antioksida pada rambut mengurangkan pembentukan radikal bebas dan mengurangkan kesannya kepada badan. Makan Vitamin C yang cukup dalam diet seharian penting untuk melindungi dari radikal bebas.

Mereka yang mengambil jumlah Vitamin C yang banyak mempunyai rambut yang sihat, kuat dan lebat.



21. Melawan Kelemumur

Folikel rambut sering tersumbat kerana kelemumur dan kulit kering yang mati. Ia boleh merosakkan folikel rambut jika tidak dirawat dan menghalang pertumbuhan rambut. Vitamin C membantu melawan bakteria atas kulit kepala.

Ia membuang kelemumur dan membantu rambut untuk tumbuh dengan sihat. Ia juga mengelakkan kulit kepala dari gatal dan kering kerana Vitamin C ada ciri-ciri anti-viral.


22. Mengurangkan Keguguran Rambut.

Vitamin C melawan kekurangan kelenjar adrenal. Ia penting untuk mengurangkan rambut gugur dan menggalakkan lebih banyak rambut tumbuh kerana kelenjar adrenal adalah punca untuk seimbangkan hormon dalam badan.


23. Rambut yang lebat

Vitamin C membantu meningkatkan aliran darah dan menguatkan kapilari dari. Ia penting bagi menghasilkan rambut yang kuat dan lebat.


24. Melawan Masalah Rambut

Vitamin C adalah nutrien penting rawat rambut rosak dan melawan masalah rambut. Pemakanan yang mengandungi Vitamin C yang cukup boleh mengelakkan alopecia danmasalah botak bagi lelaki.


25. Mengelak dari Uban

Vitamin C bukan sahaja mengelakkan rambut gugur malahan membantu untukmengekalkan warna asal rambut dengan mengelakkan kesan penuaan pada rambut.

sumber: http://www.stylecraze.com/articles/amazing-benefits-of-vitamin-c-for-skin-hair-and-health/

Tuesday, 24 March 2015

[ KELEBIHAN DAN KHASIAT BUNGA MAWAR ]

Bermula dari zaman dahulu kala, kaum Greek dan Roman menganggap ros sebagai simbol kecintaan kepada Tuhan dan digunakan dalam penyediaan makanan. 

Kesemua bahagian bunga ros mempunyai khasiatnya yang tersendiri sama ada kelopak, air mawar, minyak pati ros dan buah bunga ros memberikan kesan transformatif kepada minda, badan dan pemikiran manusia.

Antara khasiat- khasiat bunga mawar ialah :

1. Mencium bau bunga ros dapat menguatkan daya ingatan mereka yang mudah lupa. ( Berdasarkan Penyelidikan Saintis Jerman.)

*Ini kalau hari hari pakai Aura Prestige Serum , hari hari bau Aura Prestige Serum , komfem daya ingatan makin hebat !**

2. Meredakan kebimbangan dan kemurungan ( Anti-depressi )

3. Menenangkan ketegangan saraf dan emosi. ( Menenangkan perasaan )

4. Merawat ulser perut
 
5. Meransang penghasilan hempedu oleh pundi hempedu.

6. Sebagai antiseptik dan merawat kulit yang luka, terbakar, ruam dan ekzema.

7. Merawat jangkitan pada mata.

8. Meredakan sakit tekak

9. Merawat infeksi pundi kencing

10. Memberi kesan penyejukan pada badan ( Merawat demam dan selsema )

11. Meransang pertumbuhan tisu dan penghasilan KOLAGEN. ( Awet muda )

12. Membuka penutupan pada saluran bronkial. ( Paru paru )

13. Membantu proses penghadaman

14. Mengekalkan kesihatan usus

15. Mengandungi Bahan pengantioksida - Flavonoid yang dapat menentang kanser dan penyakit kardiovaskular

16. Mnegurangkan keradangan dan kesakitan sendi seperti pesakit osteoarhrititis.

17. Melancarkan kitaran haid dan masalah rahim

18. Mengandungi vitamin A, B3, C dan E.

19. Merawat cirit birit.

20. Menghilangkan keletihan

21. Menghilangkan sakit kepala dan pening




#AijaMahat
#AijaBeautyPrestige
#AuraPrestigeSerum

By,
#AdminMyra

Sunday, 22 March 2015

[ SEGMEN DIY : JOM WARNAKAN MAWAR ANDA JADI BERWARNA WARNI ! ]

" Tak pernah tengok bunga mawar warna warni."
" Selalu kalau merah , merah je. Jingga , jingga je."

Selama ini bunga mawar merah, putih, hitam, pink atau mungkin warna yang lain sudah biasa nampak dan dengar. Namun korang tahu tak bahawa sebenarnya korang boleh memiliki mawar pelangi atau mawar yang berwarna warni ikut citarasa anda. Okay.  Kat sini saya nak buat tutorial cara-cara macam mana nak jadikan bunga mawar tu warna warni. :) 

Gambar contoh dan sebagai hiasan.

Bahan:

1. Mawar putih segar (Putih ye. Bukan Merah ke Biru ye)
2. Gelas (3 atau lebih, ikut suka)
3. Pewarna makanan (warna ikut suka)
4. Air
5. Pisau

Cara cara nak buat. Ikut step ye. :)

Cara Cara :

1. Siapkan semua bahan diatas.

2. Tuangkan air dalam gelas. Takyah penuh sangat. Asalkan lebih separuh gelas.

3. Tambahkan beberapa titis pewarna makanan dalam gelas yang berisi air.
Kepekatan warna tu ikut suka lah nak pekat mana.

4. Potong bahagian bawah batang bunga mawar menggunakan pisau. Berapa banyak belahan yang korang nak, bergantung kepada berapa banyak warna yang korang nak pada mawar tersebut. Berhati-hati ye supaya batang mawar tu tak rosak masa korang belah.
** Kalau korang nak 3 warna , korang belah batang u jadi 3 dan seterusnya**

5. Masukkan setiap belahan batang pada gelas yang berisi air dan pewarna makanan tersebut.

6. Biarkan sampai mawar menyerap pewarna tersebut.

Mudahkan ? Selamat mencuba ! :)

Taraaa. Jadi. Cuma ni tak pekat pun. Try, Test and Error je. So nak pekat , tambah pewarna lagi jadi pekat ye. :)


Tuesday, 10 March 2015

[ Kebaikan Bunga Mawar yang anda tidak pernah ketahui ! ]


Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum #AijaBeautyQueens semua. Ramai yang masih tak tahu apa khasiat dan kelebihan Bunga Mawar yang best sangat dan baik untuk kesihatan diri kita. So , hari ni kita nak sharing sikit tentang Bunga Mawar atau Rose.

Kebiasaannya , Bunga Mawar atau Rose ni memang femes dikalangan orang orang yang bercinta. Bunga mawar ni macam macam warna ada, Merah , putih , jingga , ungu , merah jambu , hitam dan lain-lain lagi. Selain dijadikan sebagai hadiah dari Sang Jejaka kepada Sang Gadis , Bunga Mawar juga kaya dengan 1001 khasiat dan kebaikan yang kita tak pernah tahu !


Bunga Mawar Merah Jambu


Dalam bidang kecantikan , minyak bunga mawar digunakan sebagai campuran dalam kosmetik untuk menggebu dan memuda remajakan kulit wajah, Manakala bunganya pula digunakan sebagai pembersih, pelembab dan campuran dalam bedak asas. Disamping itu juga bunga awar boleh membantu dalam mencegah jerawat, menghaluskan kulit wajah dan astrigen untuk mengecutkan tisu kulit.
Bunga Mawar Merah
Bunga mawar juga boleh membantu wanita yang mengakami haid yang tidak teratur. Caranya , ambil dalam anggaran 90 gram isi daun lidah buaya dan campurkan dengan bunga mawar yang berwana oren. Rebus bahan ini bersama 500 ml air hingga menddih sehingga jumlah rebusan itu tinggal dalam anggaran 200 ml. Tapis bahan ini dan minum ketika ia suam. Amalkanlah ia sehingga masalah haid anda menjadi lancar.


Bunga Mawar Biru

Daun kelopak bunga mawar boleh membantu dalam menghilangkan bengkak serta lebam akibat terhantuk atau terlanggar benda keras kerana ia mengandungi laxative ringan iaitu bahan yang mampu merawat luka dan lebam. Caranya adalah dengan mengambil beberapa helai dan kelopak bunga mawar yang masih segar dan ditumbuk. Tampalkan bahan yang ditumbuk tersebut pada bahagian bengkak dan lebam. Ulangi sehingga bengkak susut.

Bunga Mawar Pelangi

Bagi golongan wanita dan gadis , penjagaan muka sangat penting dalam kehidupan seharian. Tahukah anda , dengan menggunakan Bunga Mawar , ia mampu menghilangkan jerawat , mengecilkan pori-pori muka yang terbuka , menghilangkan minyak dan kotoran pada muka yang boleh menyebabkan banyaknya jerawat timbul. Bunga mawar juga bersifat anti radang iaitu untuk mencegah iritasi kulit apabila terkena panas matahari. Selain itu , untuk kelihatan sentiasa muda jelita , anda semua boleh mengamalkan memakan kelopak bunga mawar dan terus terusan akan memuda remajakan wajah anda.

Bunga Mawar Hitam


Jadi , bagi memudahkan proses penggunaan Bunga Mawar ini di sepanjang masa dan bila bila tak kira dimana kita berada , Aija Beauty Prestige telah berjaya menghasilkan "AURA" yang beraroma Bunga Mawar dan dijadikan sebagai satu serum khas yang mudah untuk dibawa kemana-mana sahaja.

Cara yang mudah. Hanya perlu spray sahaja di muka , dab dab lembut dengan menggunakan jari , biarkan dia kering sendiri. Insya Allah jika penat lelah dan mengantuk , stress dan sebagainya , spray sahaja dan anda akan mendapat kesegarannya setelah menggunakan Aura Prestige Serum.

Aura Prestige Serum
Jika berminat , sila PM +Aija Beauty  / Aija Beauty Prestige atau Whatsapp 012-345 0997 :)