Showing posts with label Bunga Mawar Pelangi. Show all posts
Showing posts with label Bunga Mawar Pelangi. Show all posts

Tuesday, 24 March 2015

[ KELEBIHAN DAN KHASIAT BUNGA MAWAR ]

Bermula dari zaman dahulu kala, kaum Greek dan Roman menganggap ros sebagai simbol kecintaan kepada Tuhan dan digunakan dalam penyediaan makanan. 

Kesemua bahagian bunga ros mempunyai khasiatnya yang tersendiri sama ada kelopak, air mawar, minyak pati ros dan buah bunga ros memberikan kesan transformatif kepada minda, badan dan pemikiran manusia.

Antara khasiat- khasiat bunga mawar ialah :

1. Mencium bau bunga ros dapat menguatkan daya ingatan mereka yang mudah lupa. ( Berdasarkan Penyelidikan Saintis Jerman.)

*Ini kalau hari hari pakai Aura Prestige Serum , hari hari bau Aura Prestige Serum , komfem daya ingatan makin hebat !**

2. Meredakan kebimbangan dan kemurungan ( Anti-depressi )

3. Menenangkan ketegangan saraf dan emosi. ( Menenangkan perasaan )

4. Merawat ulser perut
 
5. Meransang penghasilan hempedu oleh pundi hempedu.

6. Sebagai antiseptik dan merawat kulit yang luka, terbakar, ruam dan ekzema.

7. Merawat jangkitan pada mata.

8. Meredakan sakit tekak

9. Merawat infeksi pundi kencing

10. Memberi kesan penyejukan pada badan ( Merawat demam dan selsema )

11. Meransang pertumbuhan tisu dan penghasilan KOLAGEN. ( Awet muda )

12. Membuka penutupan pada saluran bronkial. ( Paru paru )

13. Membantu proses penghadaman

14. Mengekalkan kesihatan usus

15. Mengandungi Bahan pengantioksida - Flavonoid yang dapat menentang kanser dan penyakit kardiovaskular

16. Mnegurangkan keradangan dan kesakitan sendi seperti pesakit osteoarhrititis.

17. Melancarkan kitaran haid dan masalah rahim

18. Mengandungi vitamin A, B3, C dan E.

19. Merawat cirit birit.

20. Menghilangkan keletihan

21. Menghilangkan sakit kepala dan pening




#AijaMahat
#AijaBeautyPrestige
#AuraPrestigeSerum

By,
#AdminMyra

Sunday, 22 March 2015

[ SEGMEN DIY : JOM WARNAKAN MAWAR ANDA JADI BERWARNA WARNI ! ]

" Tak pernah tengok bunga mawar warna warni."
" Selalu kalau merah , merah je. Jingga , jingga je."

Selama ini bunga mawar merah, putih, hitam, pink atau mungkin warna yang lain sudah biasa nampak dan dengar. Namun korang tahu tak bahawa sebenarnya korang boleh memiliki mawar pelangi atau mawar yang berwarna warni ikut citarasa anda. Okay.  Kat sini saya nak buat tutorial cara-cara macam mana nak jadikan bunga mawar tu warna warni. :) 

Gambar contoh dan sebagai hiasan.

Bahan:

1. Mawar putih segar (Putih ye. Bukan Merah ke Biru ye)
2. Gelas (3 atau lebih, ikut suka)
3. Pewarna makanan (warna ikut suka)
4. Air
5. Pisau

Cara cara nak buat. Ikut step ye. :)

Cara Cara :

1. Siapkan semua bahan diatas.

2. Tuangkan air dalam gelas. Takyah penuh sangat. Asalkan lebih separuh gelas.

3. Tambahkan beberapa titis pewarna makanan dalam gelas yang berisi air.
Kepekatan warna tu ikut suka lah nak pekat mana.

4. Potong bahagian bawah batang bunga mawar menggunakan pisau. Berapa banyak belahan yang korang nak, bergantung kepada berapa banyak warna yang korang nak pada mawar tersebut. Berhati-hati ye supaya batang mawar tu tak rosak masa korang belah.
** Kalau korang nak 3 warna , korang belah batang u jadi 3 dan seterusnya**

5. Masukkan setiap belahan batang pada gelas yang berisi air dan pewarna makanan tersebut.

6. Biarkan sampai mawar menyerap pewarna tersebut.

Mudahkan ? Selamat mencuba ! :)

Taraaa. Jadi. Cuma ni tak pekat pun. Try, Test and Error je. So nak pekat , tambah pewarna lagi jadi pekat ye. :)


Tuesday, 10 March 2015

[ Kebaikan Bunga Mawar yang anda tidak pernah ketahui ! ]


Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum #AijaBeautyQueens semua. Ramai yang masih tak tahu apa khasiat dan kelebihan Bunga Mawar yang best sangat dan baik untuk kesihatan diri kita. So , hari ni kita nak sharing sikit tentang Bunga Mawar atau Rose.

Kebiasaannya , Bunga Mawar atau Rose ni memang femes dikalangan orang orang yang bercinta. Bunga mawar ni macam macam warna ada, Merah , putih , jingga , ungu , merah jambu , hitam dan lain-lain lagi. Selain dijadikan sebagai hadiah dari Sang Jejaka kepada Sang Gadis , Bunga Mawar juga kaya dengan 1001 khasiat dan kebaikan yang kita tak pernah tahu !


Bunga Mawar Merah Jambu


Dalam bidang kecantikan , minyak bunga mawar digunakan sebagai campuran dalam kosmetik untuk menggebu dan memuda remajakan kulit wajah, Manakala bunganya pula digunakan sebagai pembersih, pelembab dan campuran dalam bedak asas. Disamping itu juga bunga awar boleh membantu dalam mencegah jerawat, menghaluskan kulit wajah dan astrigen untuk mengecutkan tisu kulit.
Bunga Mawar Merah
Bunga mawar juga boleh membantu wanita yang mengakami haid yang tidak teratur. Caranya , ambil dalam anggaran 90 gram isi daun lidah buaya dan campurkan dengan bunga mawar yang berwana oren. Rebus bahan ini bersama 500 ml air hingga menddih sehingga jumlah rebusan itu tinggal dalam anggaran 200 ml. Tapis bahan ini dan minum ketika ia suam. Amalkanlah ia sehingga masalah haid anda menjadi lancar.


Bunga Mawar Biru

Daun kelopak bunga mawar boleh membantu dalam menghilangkan bengkak serta lebam akibat terhantuk atau terlanggar benda keras kerana ia mengandungi laxative ringan iaitu bahan yang mampu merawat luka dan lebam. Caranya adalah dengan mengambil beberapa helai dan kelopak bunga mawar yang masih segar dan ditumbuk. Tampalkan bahan yang ditumbuk tersebut pada bahagian bengkak dan lebam. Ulangi sehingga bengkak susut.

Bunga Mawar Pelangi

Bagi golongan wanita dan gadis , penjagaan muka sangat penting dalam kehidupan seharian. Tahukah anda , dengan menggunakan Bunga Mawar , ia mampu menghilangkan jerawat , mengecilkan pori-pori muka yang terbuka , menghilangkan minyak dan kotoran pada muka yang boleh menyebabkan banyaknya jerawat timbul. Bunga mawar juga bersifat anti radang iaitu untuk mencegah iritasi kulit apabila terkena panas matahari. Selain itu , untuk kelihatan sentiasa muda jelita , anda semua boleh mengamalkan memakan kelopak bunga mawar dan terus terusan akan memuda remajakan wajah anda.

Bunga Mawar Hitam


Jadi , bagi memudahkan proses penggunaan Bunga Mawar ini di sepanjang masa dan bila bila tak kira dimana kita berada , Aija Beauty Prestige telah berjaya menghasilkan "AURA" yang beraroma Bunga Mawar dan dijadikan sebagai satu serum khas yang mudah untuk dibawa kemana-mana sahaja.

Cara yang mudah. Hanya perlu spray sahaja di muka , dab dab lembut dengan menggunakan jari , biarkan dia kering sendiri. Insya Allah jika penat lelah dan mengantuk , stress dan sebagainya , spray sahaja dan anda akan mendapat kesegarannya setelah menggunakan Aura Prestige Serum.

Aura Prestige Serum
Jika berminat , sila PM +Aija Beauty  / Aija Beauty Prestige atau Whatsapp 012-345 0997 :)