Thursday, 26 March 2015

[ Kisah " SOLAT JUMAAT " Sayyidul Ayyam ]

“Assalamualaikum sayang. Abang tak sempat balik rumah. Abang singgah dekat masjid dulu. Sembahyang jumaat. Sayang makan dengan anak-anak dulu ye.” , Jamal menaip mesej kepada isterinya, Wardah.

Seketika kemudian, *1 message received*

“Waalaikumussalam. Ok abang, bawak kereta elok-elok ye.” Balas Wardah. Ringkas.

Kereta Honda Civic, dipandu Jamal. Cermat dan berhemah pemanduannya. 10 minit kemudian, Masjid Batu Permai tersergam dihadapannya.


“Wahai orang-orang yang beriman! Apabila diserukan azan (bang) untuk mengerjakan sembahyang pada hari Jumaat, maka segeralah kamu pergi (ke masjid) untuk mengingati Allah (dengan mengerjakan sembahyang jumaat) dan tinggalkanlah berjual-beli (pada saat itu); yang demikian adalah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui (hakikat yang sebenarnya)”

(Surah Al-Jumu’ah ayat 9)

“Haa, dah azan kedua rupanya. Alhamdulillah, sempat lagi dengar khutbah ni“, Jamal bermonolog sendirian.

Jemaah di masjid itu tidak terlalu ramai. Tidak sesak. Mungkin sahaja kerana kedudukannya yang tidak begitu strategik. Selesai sudah Jamal mengambil wuduk, khutbah pun dimulakan.

Jamal memerhatikan sekeliling. Dia mengerutkan dahinya, sambil mengetap bibir. Ramai jemaah yang sedang khusyuk memandang lantai.

“Bertakwalah kamu kepada Allah dengan sebenar-benar takwa…………..” Khatib membacakan khutbah. Lesu penyampaiannya. Tidak bertenaga.

Terdetik dalam hati Jamal, “hmm, tak hairanlah, masjid jadi tempat tidur je, penyampaian khutbah pula, subhanallah.”

Sengaja saya datangkan kisah seperti di atas, agar kita sama-sama berfikir. Mungkin juga kita sendiri pernah mengalami situasi sedemikian. Bagi yang menyedarinya, Alhamdulillah. Bagi yang sekadar acuh, moga sama-sama kita memperbaikinya. InsyaAllah~

"SALAM JUMAAT BUAT SEMUA"


#AijaMahat
#AijaBeautyPrestige
#AuraPrestigeSerum
#AijaQueens

By,
#AdminMyra





No comments:

Post a Comment