" Tak pernah tengok bunga mawar warna warni."
" Selalu kalau merah , merah je. Jingga , jingga je."
Selama ini bunga mawar merah, putih, hitam, pink atau mungkin warna yang lain sudah biasa nampak dan dengar. Namun korang tahu tak bahawa sebenarnya korang boleh memiliki mawar pelangi atau mawar yang berwarna warni ikut citarasa anda. Okay. Kat sini saya nak buat tutorial cara-cara macam mana nak jadikan bunga mawar tu warna warni. :)
Gambar contoh dan sebagai hiasan. |
Bahan:
1. Mawar putih segar (Putih ye. Bukan Merah ke Biru ye)
2. Gelas (3 atau lebih, ikut suka)
3. Pewarna makanan (warna ikut suka)
4. Air
5. Pisau
Cara cara nak buat. Ikut step ye. :) |
Cara Cara :
1. Siapkan semua bahan diatas.
2. Tuangkan air dalam gelas. Takyah penuh sangat. Asalkan lebih separuh gelas.
3. Tambahkan beberapa titis pewarna makanan dalam gelas yang berisi air.
Kepekatan warna tu ikut suka lah nak pekat mana.
4. Potong bahagian bawah batang bunga mawar menggunakan pisau. Berapa banyak belahan yang korang nak, bergantung kepada berapa banyak warna yang korang nak pada mawar tersebut. Berhati-hati ye supaya batang mawar tu tak rosak masa korang belah.
** Kalau korang nak 3 warna , korang belah batang u jadi 3 dan seterusnya**
5. Masukkan setiap belahan batang pada gelas yang berisi air dan pewarna makanan tersebut.
6. Biarkan sampai mawar menyerap pewarna tersebut.
Mudahkan ? Selamat mencuba ! :)
Taraaa. Jadi. Cuma ni tak pekat pun. Try, Test and Error je. So nak pekat , tambah pewarna lagi jadi pekat ye. :) |
No comments:
Post a Comment